Isnin, 25 Oktober 2010

Apa lagi Akop?

Hari ini aku tinggal dengan mama.
Mummy pulak tinggal dengan abah.
Bergilir la pulak.
Bila tinggal dengan mama, perut sentiasa kenyang.
Mama pandai masak.
Masa tengah makan bubur ikan bilis campur ayam,
tiba-tiba Akop datang dengan muka seliparnya.\
mama tercengang. Akop pegang tangan mama dan...

Akop : Hui! ikut aku!
mama: Kemana?
Akop: Jangan banyak peel. ikot!
mama: Ah! kau bukan laki aku! tak mau ikot!apa nak jadi, jadilah!
Akop: Ooo degil rasakan ni! amik kau! amik kau! yeahhh! yeahhh!
mama: Ahhh tidakkkk....

Aku yang melihat tumpang sekaki.
Aku melihat sahaja pelakuan mereka yang
kurang manis itu.
mama menjerit lagi....

Akop: Arrggghhhh!!! puas aku!
mama: Oh no.... tidakkkk..

mama mengeluh sesal dengan ketelanjuran
yang tak dapat dipatah balikkan.
Akop tersenyum puas sambil betulkan seluarnya
yang berkeromot akibat bergomol tadi.
Mama melangkah ke dapur dan minum jus oren dengan banyaknya
sambil menangisi kekalahannya dalam mainan game PS2 dengan akop sebentar tadi.

sabar ye ma...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan