Khamis, 28 Oktober 2010

resepi bubur ikan ayam

salam sejahtera semua.
Pada kali ini kita akan berkongsi resepi baru.
Saya, Rafael Bukhari akan menemani anda.

bahan-bahan

2 cawan beras
segenggam ikan bilik tumbuk
isi ayam yg dicincang halus(potong dadu pun okey)
10 cawan air(tak cukup tambah sendiri)
sedikit garam dan ajinokereta
segenggam carot

cara membuatnya

Pertama sekali tumbuk segenggam ikan bilis sampai hancur
kemudian potong kecil2 isi ayam. basuh.
kemudian basuh beras dan letakkan kat atas dapur bersama 10 cawan air tadi.
masukkan carot yang dipotong halus2.
setelah agak mendidih dan beras dah bertukar nasi lembut,
masukkan sedikit garam dan ajinokereta
akhir sekali masukkan isi ayam dan ikan bilis.
kacau sehingga jadi bubur. tak cukup air, tambah la.
dah siap!
 hidangkan!
dan makan!!!


p/s: ni resepi mama.

mama! abang lapar. nak bubur please...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan